Sistem Legislatif Thailand

Perhimpunan Kebangsaan Thailand

Cawangan legislatif atau Parlimen Thailand pertama kalinya diperkenalkan dalam perlembagaan "sementara" tahun 1932. Perhimpunan ini pertama kali bersidang pada 28 Jun 1932 di Dewan Takhta Ananda Samakhom. Perhimpunan Kebangsaan Thailand ini adalah badan perundangan dwidewan dan mempunyai dua bahagian iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Cawangan perundangan terbentuk seperti sekarang ini menjelang tahun 2007. Perhimpunan Kebangsaan mempunyai seramai 630 ahli. Kedua-dua dewan perhimpunan kebangsaan ini berhimpun dalam Parlimen Thailand.

Dewan Negara

Dewan ini merupakan dewan tinggi dalam cawangan legislatif dan pertama kalinya muncul pada tahun 1946. Kebanyakan rantau sejarahnya itu diwarnai oleh pegangan yang kukuh golongan tentera dan kelompok bangsawan. Dewan Negara baru-baru ini mempunyai 150 orang ahli. 76 orang ahli dipilih, seorang dari setiap wilayah dan wilayah Thailand berjumlah sebanyak 75 buah wilayah. Wilayah Bueng Kan masih belum mempunyai senator lagi. Seorang wakil juga dipilih untuk mewakili wilayah Bangkok. Sejumlah 74 orang senator yang dipilih ini akan membentuk Suruhanjaya Pemilihan Senatm yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik dan juga mereka yang dipilih secara undian. 

Dewan ini tidak bersifat kepartian dan ahli-ahlinya boleh jadi mereka yang datang dari pertubuhan bukan kepartian, Dewan Rakyat, badan kehakiman atau kabinet untuk tempoh lima tahun. Senat mempunyai kuasa legislatif yang terhad namun masih mempunyai kuasa yang munasabah untuk penelitian, menasihati dan melantik ahli badan kehakiman dan agensi-agensi kerajaan yang bebas seperti badan berkanun.

Dewan Negara bersidang untuk tempoh enam tahun bagi satu pusingan. Ia tidak boleh dibubarkan. Dewan ini dipengerusikan oleh pengerusi, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan. Beliau akan dibantu oleh dua timbalan pengarah. Pemilihan Dewan Negara terakhir berlangsung pada tahun 2008. 

Dewan Negara dan Dewan Rakyat dihapuskan selepas rampasan kuasa pada 22 Mei 2014 oleh "Majlis Keselamatan Negara" (NCPO). Untuk tempoh ini, Perlembagaan Thailand ditentukan serta dikuatkuasakan oleh NCPO dan bukannya oleh DEwan Negara.