Tips Travel - Penerbangan

Checklist

Sebelum kita pergi berjalan dengan menggunakan penerbangan bagi perjalanan antarabangsa, kita perlu:
  • Tempah tiket penerbangan
  • Tempah hotel dan tetapkan tarikh daftar masuk
  • Koordinatkan pengangkutan ke hotel semasa ketibaan
  • Pastikan masa penerbangan
  • Pastikan masa yang sepatutnya untuk ke lapangan terbang bagi berlepas
  • Tetapkan arah dalam alat GPS anda untuk ke lapangan terbang dan dari lapangan terbang di tempat tujuan ke hotel penginapan anda
  • Koordinat pemanduan kalau sewa kereta di tempat tujuan atau lihat tapak parking kereta
  • Beli sedikit snek dan jika perlu bawa botol kosong untuk diisi dengan air selepas selesai pemeriksaan keselamatan
  • Periksa nombor bagasi dan saiznya (dimensi dan berat), larangan dan bayaran-bayaran berkaitan
  • Buat keputusan sama ada anda akan membuat pemeriksaan bagasi atau tidak
  • Pastikan ada beg plastik Ziploc dan bekas bersaiz tiga oz atau lebih kecil untuk dimuatkan dalam beg
  • Jika perlu, daftar masuk penerbangan 24 jam lebih awal.
Strategi Packing Barang
  • Buat keputusan sekiranya anda akan daftar masuk bagasi atau tidak
  • Ikut standard penerbangan bagi saiz dan berat bahan yang akan dibawa. Lebih mudah sekiranya periksa sendiri dulu berat beg anda sendiri. Pijak atas penimbang berat sambil pegang beg anda. 
Dua atau Tujuh Hari Sebelum Perjalanan
  • Pastikan pakaian apa yang hendak dibawa
  • Buat pembelian seperti makanan, pakaian, bahan kebersihan dan lain-lain yang perlu dibawa
  • Buat cucian kering atau dobi 
Sehari Dua Sebelum Perjalanan
  • Periksa keadaan cuaca di tempat tujuan
  • Kemaskan barangan dalam beg bagi memastikan semuanya muat
  • Masukkan bahan-bahan cecair dalam beg plastik Ziploc
  • Periksa beg duit dan lain-lain bahan yang anda akan bawa bagi memastikan tiada barang terlarang seperti bahan tajam, cecair mudah meruap atau lipgloss tiada di dalamnya
  • Daftar masuk secara online 24 jam lebih awal dan pastikan anda cetak keluar pas masuk penerbangan. 
Pagi Sebelum Perjalanan
  • Pek bahan-bahan kebersihan, makanan, buku rujukan dan lain-lain
  • Periksa dua kali status penerbangan anda dan pastikan anda ada pas masuk serta passport.
  • Beri sedikit masa penampan bagi diri anda supaya anda tidak kalut dengan sesak di jalan raya atau terlewat di tengah jalan. 
List Packing untuk Baju

Gunakan laporan cuaca untuk memastikan kegiatan anda selari dengan pakaian yang anda akan kemaskan masuk dalam beg: 
  • Seluar panjang, seluar pendek dan yang berkaitan
  • Pakaian, termasuk satu untuk kegiatan petang
  • Jaket atau baju panas
  • Pakaian dalam, stokin dan nilon
  • Pajamas
  • Pakaian bersenam
  • Kasut mengikut kesesuaian dan selipar
  • Pakaian renang dan lain-lain seperti goggle dan tuala
  • Aksesori lain seperti kopiah atau jam
  • Beg plastik spare untuk pakaian kotor.
Bahan Kebersihan
  • Floss, berus gigi, ubat gigi, pencuci mulut, produk penjagaan kulit, pelembap kulit, deodoran, cermin mata, bekas cermin mata dan pewangi
  • Sikat dan produk perapi rambut
  • Vitamin atau ubat yang diperlukan 
Jika anda tidak tinggal di hotel atau ada keinginan lain-lain untuk perjalanan:
  • Sabun
  • Syampu
  • Kondisioner
  • Pisau cukur
  • Krim pencukur
  • Pencuci muka
  • Pengering rambut 
Lain-Lain Keperluan
  • Beg duit dan passport
  • Telefon bimbit
  • Kamera termasuklah bateri lebih dan jika terpakai, boleh bawa bahan untuk muat naik gambar ke komputer
  • Kalender, planner dan buku nota 
  • Buku dan lain-lain bahan bacaan rujukan
  • Snek atau makanan ringan
  • Pengecas telefon bimbit, komputer, kamera dan lain-lain peralatan elektronik
  • Print out semua dokumen perjalanan
  • Payung, pakaian hujan, pelindung sinar UV dan lain-lain mengikut cuaca setempat
  • Komputer
  • Pen, kertas dan stem
  • Nombor-nombor kecemasan, nombor kedutaan dan konsul serta alamat 
  • Kerja-kerja yang perlu dibuat dalam musim cuti
  • Hadiah atau kad penghargaan untuk host anda
  • Beg boleh lipat untuk membawa pulang cenderahati atau bahan-bahan lebih.
Perjalanan Antarabangsa
  • Buat tukaran wang
  • Periksa passport anda, tarikh laku passport dan juga visa
  • Hubungi syarikat kredit kad atau bank dan maklumkan bahawa anda akan ke luar negara
  • Beli SIM kad tempatan jika ada
  • Kod akses negara dituju
  • Hantar maklumat perhubungan anda kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat
  • Pergi ke klinik dan ambil imunisasi, dapatkan ubat dan pantang larang makanan
  • Periksa adat tempatan melibatkan pakaian dan kegiatan anda
  • Palam pencucuk alat elektrik sama ada sama dengan negara anda atau lain
  • Beli insurans perjalanan dan juga insuran perubatan kecemasan 
  • Periksa sama ada bahan yang anda bawa dibenarkan di lapangan terbang (larangan mungkin berbeza mengikut negara)
Sumber: Elizabeth Saunders